Sejarah Penubuhan Asrama Nurul Iman





Rumah Nurul Iman telah mula beroperasi pada penghujung tahun 2000 dengan nama asal Yayasan Nurul Iman yang berpusat di Jalan Manjoi, Ipoh, Perak.

  • Pada peringkat awal penubuhannya asrama ini dikendalikan oleh suatu jawatan kuasa yang dilantik secara undian dan bangunan asrama telah disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur ( dibeli khas untuk dijadikan penempatan anak-anak yatim dan tidak ditukar milik ). Jawatankuasa ini telah melantik En. Khairul Anuar Bin Mohmad Razi sebagai Pengurus/Penyelia asrama tersebut. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam semua urusan pengendalian Pusat Jagaan tersebut kecuali dalam hal-hal yang berkaitan aset dan kewangan.


  • Atas sebab-sebab tertentu pada tahun 2004 operasi telah berpindah dan wujudlah sebuah asrama anak yatim yang baru dengan diuruskan oleh En. Khairul Anuar dan dinaungi oleh Yayasan Nurul Iman. Pada Febuari 2005 asrama telah berpindah ke Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said.
  • Pada penghujung tahun 2005 sekali lagi anak-anak ini dibawa berpindah, kali ini atas sebab kegagalan Yayasan Nurul Iman membiaya kos operasi asrama dan permasalahan dengan tuan rumah yang disewa. Akibat terlalu kerap menghadapi masalah, maka En. Khairul Anuar telah tekad mengambil alih sepenuhnya operasi Asrama Nurul Iman dari Yayasan Nurul Iman serta Jawatankuasanya.
  • Penempatan baru ini terletak di Plot 359, Lorong Dato, Manjoi, Ipoh , Perak. Penempatan hanya mempunyai rumah sewa dua pintu yang disewa dengan kadar RM 200.00 sebulan. Dengan pendapatan peribadi yang tidak seberapa, En. Khairul Anuar telah berusaha keras untuk mengoperasikan penempatan tersebut dengan bantuan penduduk sekitar serta Adun Manjoi iaitu YB Dato' Haji Nazri.
  • Setelah bersusah payah berusaha untuk membela anak-anak yatim dan miskin ini secara bersendirian termasuk memasak dan segalanya maka pada 9hb Oktober 2006 En. Khairul Anuar telah mendaftarkan dengan rasminya Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman yang dimiliki secara tunggal. Pada 12hb Oktober pula En. Khairul Anuar telah membuat akuan bersumpah bagi mengesahkan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menjalankan aktiviti secara percuma.

  • Bagi memperluaskan pembelaan anak-anak yatim dan miskin, Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menjalankan aktiviti secara percuma. Pada bulan Jun 2010 En. Khairul Anuar telah membuka sebuah lagi Pusat Jagaan ( Cawangan ) di Kampung Pinang, Kamunting, Taiping yang menempatkan kanak-kanak lelaki sahaja tetapi Cawangan Kamunting ini telah ditutup Operasi pada 1hb Semtember 2016 kerana tidak mendapat sokongan.