Rayuan Sumbangan (2024)

Assalamualaikum dan Semoga berada dalam Rahmat Allah S.W.T

          Alhamdullilah, pada pertengahan tahun ini telah hampir 24 tahun Rumah Anak Yatim Nurul Iman beroperasi dan selama itu juga pelbagai pihak atau orang perseorangan telah menghulurkan bantuan bagi membantu Anak Anak Yatim Dan Miskin di Rumah Nurul Iman. Dalam Tempoh 24 tahun ini Rumah Nurul Iman telah membantu lebih 473 orang kanak kanak yatim dan miskin serta 26 ibu-ibu tunggal secara berterusan.

        Pada masa ini terdapat 18 orang anak-anak yatim dan miskin berada dalam jagaan Rumah Nurul Iman ini,  manakala terdapat 2 orang yang masih melanjukan pelajaran di IPT. Buat masa ini Rumah Nurul Iman masih beroperasi di tapak yang disewa.

        Sejak kebelakangan ini Rumah Nurul Iman bantuan yang kami terima amat berkurangan dan kami juga mermerlukan dan untuk sesi persekolahan 2024 dan dana pengurusan.


        Dengan ini kami MERAYU KEPADA PEMBACA BLOG INI SUPAYA DAPAT MENYALURKAN BANTUAN IKHLAS atau menghebahkan kepada saudara dan sahabat umtuk membantu kami.

        Kami AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DAN SEKONGAN ANDA SEMUA, SEMOGA DIRAHMATI ALLAH DAN MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA DAN AKHIRAT.

BERSAMA BERAMAL