Pengurusan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman


Pengurusan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

  1. Sumber Kewangan
  • Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

  • Buat masa ini lebih kurang 20% kos operasi adalah dari sumber YDP Pusat itu sendiri manakala selebihnya adalah bantuan dari orang ramai dan daripada persatuan atau pertubuhan lain.

  • Sejumlah Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Diperlukan setiap bulan bagi menampung kos operasi bagi menyara 83 tanggungan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman termasuk 59 orang ( 2011 ) Anak Anak Yatim Dan Miskin dan juga belanja dan keperluan anak-anak Nurul Iman yang melanjutkan pelajaran. Jumlah tersebut termasuk sewa tapak dan bangunan, makanan dan pendidikan.
2. Kakitangan


  • Buat masa ini Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman dioperasikan dengan 12 orang kakitangan.

  • Kakitangan ini termasuklah YDP iaitu En. Khairul, seorang setiausaha merangkap pegawai akaun, seorang pengurus , seorang penyelia,1 orang pengasuh merangkap warden, seorang ustaz merangkap warden, 2 orang tukang masak , seorang ustazah, 2 orang pemandu dan seorang pengawal.


SUMBANGAN DAN SOKONGAN ANDA AMATLAH DIHARAPKAN

Dasar Kesihatan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

Dasar Kesihatan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

Kesihatan fizikal/kebersihan
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan di hantar ke klinik milik kerajaan atau hospital milik kerajaan apabila sakit atau kesihatan kurang memuaskan.
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diperiksa pada setiap bulan bagi mengesan jangkitan atau penyakit kulit seperti kurap, kudis buta, panau dan sebagainya.
  • Semua Puteri Nurul Iman akan diberi ubat kutu pada setiap bulan sekiranya ada mengalami gejala tersebut.
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diberi ubat cacing pada setiap enam bulan sekali.
  • Semua cadar dan tuala akan dipastikan dibasuh pada setiap minggu bagi mengelak jangkitan penyakit kulit.
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan pemotong kuku dan dipastikan memotong kuku pada setiap minggu ( pengasuh akan memotong kuku bagi yang berumur bawah sembilan tahun ).
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan sabun mandi dan sabun basuh secukupnya bagi tujuan mandian dan membasuh pakaian ( bagi memastikan pakaian bersih mesin basuh telah disediakan dan pengasuh akan membantu membasuh pakaian bagi Putera dan Puteri yang berumur 9 tahun ke bawah ).
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan ubat gigi serta berus gigi (pihak pengurusan amat jarang menghantar mereka bagi mendapatkan rawatan gigi kerana pihak kerajaan telah menyediakan rawatan tersebut secara berjadual di sekolah).
  • Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan putik kapas dan dipastikan membersihkan dalaman telinga ( pengasuh akan membersihkan dalaman telinga bagi Putera dan Puteri yang berumur di bawah 9 tahun).

Diet

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman akan memastikan Putera dan Puteri Nurul Iman mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya bagi menjamin kesihatan dan kecerdasan mereka. Dietnya adalah seperti berikut :

  • Ayam Dua kali seminggu
  • Daging Dua Kali seminggu
  • Ikan, Sembilan Kali seminggu
  • Udang/sotong/kerang dengan telor dadar sekali seminggu
  • Sayur pada setiap kali makan utama
  • Buah pada setiap kali makan utama
  • Dua kali minuman bersusu setiap hari

Dasar Pendidikan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman


Dasar Pendidikan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman


  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang telah mencapai umur 7 tahun akan dihantar ke sekolah bantuan penuh kerajaan.

  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan menghadiri kelas Fardu ain dan Al-Quran yang diadakan di Asrama Nurul Iman dengan kekerapan lima hari seminggu dan dua jam sehari oleh ustazah yang berpengalaman.

  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang bersekolah rendah akan dihantar ke pusat Smart Reader ( Pusat Bimbingan Visi Cemerlang, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak ) pada sebelah petang.

  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang bersekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan penting akan dihantar ke pusat tuisyen pada sebelah petang ( Pusat Tuisyen Utama, Silibin, Ipoh, Perak).

  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan menghadiri kursus atau kem motivasi dengan kekerapan 2 kali setahun.

  • Bagi lepasan SPM pula akan dihantar ke pusat-pusat pendidikan atau kemahiran mengikut kelayakan masing-masing.


Jadual harian yang harus di ikuti oleh putera dan puteri Nurul Iman



  • 5:45pg Bangun bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah, serta bersiap untuk ke sekolah

  • 6:40pg Sarapan pagi

  • 6:45pg Pergi ke sekolah

  • 1:50ptg - 3:00ptg Balik sekolah serta makan tengah hari ( sembahyang zohor dan bersendirian kerana waktu balik sekolah yang tidak sama

  • 3:00ptg - 5:30ptg kelas fardu ain dan Al-Quran ( sembahyang asar ) atau tuisyen bagi yang terlibat kerana tuisyen hanya 3 hari dalam seminggu

  • 5:30ptg minum petang

  • 5:45ptg Riadah/Bebas

  • 7:00ptg Bersiap untuk sembahyang Maghrib berjemaah

  • 7:40mlm makan malam/bebas

  • 8:30mlm sembahyang Isyak berjemaah

  • 8:45mlm Ulangkaji dengan bantuan Tutor seramai empat orang secara tetap pada setiap malam persekolahan

  • 11:00mlm minum malam

  • 11:15mlm Tidur

nota : Pada hari sabtu dan ahad putera puteri Nurul Iman akan di beri kebebasan masa kecuali pukul 9:00 pagi - 12 tgh pada hari sabtu kerana perlu mengikuti kelas khas Fardu Ain ( waktu kebebasan masa ini akan bermula pada pukul 6 petang hari jumaat sehingga 6 petang hari ahad )

Masa bebas biasanya akan digunakan bagi membasuh pakaian, menyiapkan kerja sekolah selain diberi peluang menonton televisyen dan melayari internet.

Matlamat Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

Matlamat Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

  • Menjadi sebuah Pusat Jagaan yang bertanggungjawab dan amanah didalam kerja-kerja memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak-anak yatim dan miskin tanpa mengabaikan apa-apa yang terkandung didalam Akta kanak-kanak 2001 dan Akta Pusat Jagaan 1993.


  • Menjadi sebuah Pusat Jagaan yang paling selamat bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin untuk mendapatkan perlindungan.


  • Menjadi sebuah Pusat Jagaan yang menyediakan kemudahan terlengkap bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan kepada IT dan sebagainya.


  • Menjadi sebuah Pusat Jagaan yang paling berkebolehan membentuk akhlak kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim khasnya bagi yang telah mengalami masalah disiplin atau yang telah terjebak dalam gejala sosial.


  • Menjadi sebuah Pusat intergrasi bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya terhadap permasalahan yang mereka alami serta membantu menyelamatkan mereka dari penderaan, pencabulan dan seumpamanya dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


  • Berusaha menjadi sebuah Pusat Jagaan yang mendapat pengiktirafan ISO.

Dasar dan Konsep Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman




Dasar Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman


  1. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman sedia membantu anak-anak yatim , miskin dan terabai dari segi memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan. Anak-anak ini akan dibantu sehingga mencapai sekurang-kurangnya diploma atau mampu berdikari sendiri.

  2. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman akan membantu kesemua anak-anak yatim dan miskin yang layak tidak mengira latarbelakang pendidikan atau disiplin anak-anak tersebut semasa sebelum anak-anak berkenaan diambil.

  3. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman hanya akan menerima anak-anak yang berumur bawah 12 tahun kecuali keluarga berkenaan mempunyai abang atau kakak yang berumur lebih 12 tahun, maka kesemua mereka akan diterima masuk.


  4. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menegah atau tidak mengamalkan kutipan derma atau apa juga kegiatan yang berbentuk kutipan derma atau penjualan barangan oleh kanak-kanak yang berada di bawah jagaan pusat.

  5. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman akan memberi pendidikan akademik dan pendidikan agama yang sebaiknya sehingga mendapat sekurang-kurangnya diploma dan akan memantau anak-anak ini sehingga berumur 21 tahun.

Konsep Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman


  1. Mengamalkan dan memupuk rasa kasih sayang antara pengasuh dan anak-anak dibawah jagaan dan mendengar pemasalahan mereka.
  2. Mewujudkan suasana seperti rumah dengan mengikuti jadual aktiviti harian yang selesa.
  3. Mengamalkan sistem undian dikalangan anak-anak ini bagi mengetahui apa yang diperlukan dan yang disukai atau yang tidak disukai serta berbincang bagi mendapat kata sepakat.
  4. Mengamalkan konsep berbincang atas segala permasalahan yang ditimbulkan atau masalah displin oleh mereka dan akan mendenda sekiranya perlu atau melakukan kesalahan berulang.
  5. Memberi kelonggaran berhubung dengan masyarakat luas bagi tujuan tidak menyisihkan mereka.
  6. Memberi peluang menceburkan diri dalam aktiviti luar asrama seperti disekolah atau yang dikendalikan oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan.
  7. Mengadakan aktiviti bersama seperti gotong royong, permainan dan sebagainya.

Sejarah Penubuhan Asrama Nurul Iman





Rumah Nurul Iman telah mula beroperasi pada penghujung tahun 2000 dengan nama asal Yayasan Nurul Iman yang berpusat di Jalan Manjoi, Ipoh, Perak.

  • Pada peringkat awal penubuhannya asrama ini dikendalikan oleh suatu jawatan kuasa yang dilantik secara undian dan bangunan asrama telah disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur ( dibeli khas untuk dijadikan penempatan anak-anak yatim dan tidak ditukar milik ). Jawatankuasa ini telah melantik En. Khairul Anuar Bin Mohmad Razi sebagai Pengurus/Penyelia asrama tersebut. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam semua urusan pengendalian Pusat Jagaan tersebut kecuali dalam hal-hal yang berkaitan aset dan kewangan.


  • Atas sebab-sebab tertentu pada tahun 2004 operasi telah berpindah dan wujudlah sebuah asrama anak yatim yang baru dengan diuruskan oleh En. Khairul Anuar dan dinaungi oleh Yayasan Nurul Iman. Pada Febuari 2005 asrama telah berpindah ke Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said.
  • Pada penghujung tahun 2005 sekali lagi anak-anak ini dibawa berpindah, kali ini atas sebab kegagalan Yayasan Nurul Iman membiaya kos operasi asrama dan permasalahan dengan tuan rumah yang disewa. Akibat terlalu kerap menghadapi masalah, maka En. Khairul Anuar telah tekad mengambil alih sepenuhnya operasi Asrama Nurul Iman dari Yayasan Nurul Iman serta Jawatankuasanya.
  • Penempatan baru ini terletak di Plot 359, Lorong Dato, Manjoi, Ipoh , Perak. Penempatan hanya mempunyai rumah sewa dua pintu yang disewa dengan kadar RM 200.00 sebulan. Dengan pendapatan peribadi yang tidak seberapa, En. Khairul Anuar telah berusaha keras untuk mengoperasikan penempatan tersebut dengan bantuan penduduk sekitar serta Adun Manjoi iaitu YB Dato' Haji Nazri.
  • Setelah bersusah payah berusaha untuk membela anak-anak yatim dan miskin ini secara bersendirian termasuk memasak dan segalanya maka pada 9hb Oktober 2006 En. Khairul Anuar telah mendaftarkan dengan rasminya Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman yang dimiliki secara tunggal. Pada 12hb Oktober pula En. Khairul Anuar telah membuat akuan bersumpah bagi mengesahkan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menjalankan aktiviti secara percuma.

  • Bagi memperluaskan pembelaan anak-anak yatim dan miskin, Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menjalankan aktiviti secara percuma. Pada bulan Jun 2010 En. Khairul Anuar telah membuka sebuah lagi Pusat Jagaan ( Cawangan ) di Kampung Pinang, Kamunting, Taiping yang menempatkan kanak-kanak lelaki sahaja tetapi Cawangan Kamunting ini telah ditutup Operasi pada 1hb Semtember 2016 kerana tidak mendapat sokongan.

Pengenalan Dan Logo


















  • Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman adalah sebuah pusat jagaan berkediaman persendirian yang menjalankan aktiviti MEMBERI PERLINDUNGAN, PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN SECARA PERCUMA
PENGENALAN LOGO

  • Logo Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman adalah terhasil dari bentuk hati yang berwarna biru dan dilingkari warna emas yang mengikut bentuk hati tersebut.

Maksud Logo


  • Bentuk Hati membawa maksud kasih sayang yang ikhlas
  • Warna Biru membawa maksud perpaduan atau muafakat
  • Lingkaran Warna Emas membawa maksud hargai dan ambil berat