Dasar Kesihatan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

Dasar Kesihatan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman

Kesihatan fizikal/kebersihan
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan di hantar ke klinik milik kerajaan atau hospital milik kerajaan apabila sakit atau kesihatan kurang memuaskan.
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diperiksa pada setiap bulan bagi mengesan jangkitan atau penyakit kulit seperti kurap, kudis buta, panau dan sebagainya.
  • Semua Puteri Nurul Iman akan diberi ubat kutu pada setiap bulan sekiranya ada mengalami gejala tersebut.
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diberi ubat cacing pada setiap enam bulan sekali.
  • Semua cadar dan tuala akan dipastikan dibasuh pada setiap minggu bagi mengelak jangkitan penyakit kulit.
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan pemotong kuku dan dipastikan memotong kuku pada setiap minggu ( pengasuh akan memotong kuku bagi yang berumur bawah sembilan tahun ).
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan sabun mandi dan sabun basuh secukupnya bagi tujuan mandian dan membasuh pakaian ( bagi memastikan pakaian bersih mesin basuh telah disediakan dan pengasuh akan membantu membasuh pakaian bagi Putera dan Puteri yang berumur 9 tahun ke bawah ).
  • Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan ubat gigi serta berus gigi (pihak pengurusan amat jarang menghantar mereka bagi mendapatkan rawatan gigi kerana pihak kerajaan telah menyediakan rawatan tersebut secara berjadual di sekolah).
  • Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan putik kapas dan dipastikan membersihkan dalaman telinga ( pengasuh akan membersihkan dalaman telinga bagi Putera dan Puteri yang berumur di bawah 9 tahun).

Diet

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman akan memastikan Putera dan Puteri Nurul Iman mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya bagi menjamin kesihatan dan kecerdasan mereka. Dietnya adalah seperti berikut :

  • Ayam Dua kali seminggu
  • Daging Dua Kali seminggu
  • Ikan, Sembilan Kali seminggu
  • Udang/sotong/kerang dengan telor dadar sekali seminggu
  • Sayur pada setiap kali makan utama
  • Buah pada setiap kali makan utama
  • Dua kali minuman bersusu setiap hari