
- Sumber Kewangan
- Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.
- Buat masa ini lebih kurang 20% kos operasi adalah dari sumber YDP Pusat itu sendiri manakala selebihnya adalah bantuan dari orang ramai dan daripada persatuan atau pertubuhan lain.
- Sejumlah Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Diperlukan setiap bulan bagi menampung kos operasi bagi menyara 83 tanggungan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman termasuk 59 orang ( 2011 ) Anak Anak Yatim Dan Miskin dan juga belanja dan keperluan anak-anak Nurul Iman yang melanjutkan pelajaran. Jumlah tersebut termasuk sewa tapak dan bangunan, makanan dan pendidikan.
- Buat masa ini Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman dioperasikan dengan 12 orang kakitangan.
- Kakitangan ini termasuklah YDP iaitu En. Khairul, seorang setiausaha merangkap pegawai akaun, seorang pengurus , seorang penyelia,1 orang pengasuh merangkap warden, seorang ustaz merangkap warden, 2 orang tukang masak , seorang ustazah, 2 orang pemandu dan seorang pengawal.
SUMBANGAN DAN SOKONGAN ANDA AMATLAH DIHARAPKAN