Banjir 20 Feb 2012



Assalamu'alaikum,

Pada 20 Feb 2012 jam 5 pagi Rumah Nurul Iman Cawangan Ipoh, telah dilanda banji sedalam 2.5 kaki dalam.

Kesan banjir tersebut telah merosakkan kira-kira 30 almari baju anak-anak Nurul Iman, 30 rak buku, lebih 600kg beras, lebih 40 kg gula, 30 kg pelbagai biskut, barang2 kering yang lain dan 2 buah mesin basuh dengan jumlah kerugian hampir RM 20000.

Bantuan yang telah diterima setakat ini adalah beras, gula, biskut, dan beberapa beberapa barang kering yang mana semua yang rosak telah dapat digantikan.

Dengan itu kami masih memerlukan bantuan dana atau tajaan untuk 30 almari, 30 rak buku dan 10 tilam.

Sumbangan dan keperihatinan Tuan-tuan dan Puan -puan sekalian amatlah diharapkan.

"BERSAMA BERAMAL"
Khairul Anuar Bin Mohmad Razi
YDP